Pemain akademi Liverpool tidak mampu halang kemaraan Asto Villa ke separuh Akhir Carabao Cup

James Williamson - AMA/Getty Images
Keghairan pasukan Liverpool mengejar kejuaraan Kelab Dunia menyebabkan mereka menrurunkan pemain muda mereka menentang Asto Villa di suku skhir Carabao Cup. Kejuaraan kelab dunia merupakan antara trofi yang belum mereka julang berbanding musuh ketat mereka, Manchester United.

Manchester United menjadi kelab British pertama menjuara trofi tersebut apabila menewaskan LDU Quito dengan jaringan tunggal Wayne Rooney pada 21 December 2008.

Kekurangan pengalaman menyebabkan mereka dibelasah Aston Villa dengan jaringan 5-0. Namun ini merupakan pengalaman berharga buat mereka. Dengan purata pemain adalah 19 tahun, adalah suatu kejutan bagi mereka sekiranya melepasi peringkat suku akhir.




Reactions

Post a Comment

0 Comments