Kebakaran di Stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur




Insiden Kebakaran di Stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur
Adalah dimaklumkan bahawa satu kebakaran telah berlaku di stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur. Pihak Bomba telah menjalankan tugas mengawal kebakaran dari merebak dan api telahpun berjaya dipadamkan.

Pengungsian atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan telah dijalankan mengikut prosedur. Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Perkhidmatan di Hospital Kuala Lumpur tidak terganggu dan adalah berjalan seperti biasa. Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Diminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini.

Datin Dr Nor Akma binti Yusuf
Pengarah Hospital Kuala Lumpur
17 Mac 2018
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10157700914659848&id=334262799847





Reactions

Post a Comment

0 Comments