Menikmati makan malam di RnR Elmina


Kali ke dua merasa laksa Penang di RnR Elmina ni. Memang rasanya sedap dan berbaloi dengan harga RM5.50 sepinggan.

Ini antara rutin harian singgah di RnR ini untuk berhenti solat dan berehat sebelum sampai ke rumah.
Kebanyakan yang singgah di sini adalah mereka yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Kawasan ini memang terjaga dan amat bersih berbanding dengan sesetengah perhentian yang lain.
Inilah antara rencah kehidupan mereka yang berada di Lembah Klang. Perlukan kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi cabaran di ibukota seperti kesesakan, serta bermacam perangai manusia yang pastinya sukar diduga.

Namun apa yang pasti, lakukan dengan ikhlas dan berlapang dada serta bersangka baik di atas apa yang berlaku.
Moga Allah bersama dengan mereka yang sabar dan berbuat baik sesama makhluk.



Reactions

Post a Comment

0 Comments