Suspek kes cabul kanak-kanak ditahan

GAMBAR yang dimuatnaik dalam FB bersama kisah cubaan cabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun. - Foto Facebook

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Taman Kota Jaya dekat Kota Tinggi, petang semalam. 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek ditahan pada jam 5.24 petang semalam di Balai Polis Kota Tinggi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes terbabit. Katanya, suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini. 

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan sejurus keterangan yang diberikannya dilihat dapat mengaitkannya dengan kes terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Semalam, media melaporkan tindakan seorang wanita yang nekad membuat laporan polis selepas melihat sendiri kejadian seorang kanak-kanak perempuan dicabul di bahagian belakang rumahnya. 

Kejadian itu dikongsi pengadu di laman Facebooknya (FB) sejak Isnin lalu yang turut berkongsi mengenai permintaan ibu bapa mangsa meminta supaya menarik balik laporan polis yang dibuat, namun beliau enggan melakukannya. Difahamkan, suspek akan menjalani ujian psikologi bagi mengesahkan keadaan kesihatannya yang turut didakwa pengguna FB mempunyai masalah mental. 

Wan Ahmad Najmuddin turut menggesa semua ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih kecil dan tidak membiarkan mereka bersama orang yang tidak dikenali kerana dikhuatiri menjadi mangsa penjenayah seksual. 

Selanjutnya di : Berita Harian Online


Reactions

Post a Comment

0 Comments