HONG KONG - CHINA .

Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri 

apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima

kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan 
wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan 

lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya 
menunggudi hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa

dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah 

mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa 
mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.