Khabar duka dari tanah suci

Semalam jam 1 pagi, aku menerima berita dari group Whastapp mengatakan satu kren telah jatuh menimpa jambatan tawaf mengakibat 107 jemaah haji meninggal. Aku mengikuti berita dengan penuh debar disebabkan kakak dan suami berada di sana untuk menunaikan rukun Islam ke lima.

Syukur pagi ini menerima khabar bahawa jemaah haji Malaysia hanya cedera. Seorang parah akibat patah tulang belakang.

Kita berdoa agar mereka yang terlibat serta keluarga terlibat agar tabah erta banyakkan berdoa agar semua dipermudahkan.



Reactions

Post a Comment

0 Comments