Tips penjagaan hamster

  1. Beli seekor hamster yang berusia 4 hingga 7 minggu. Hamster lebih mudah dijinakkan semasa usia muda. Terdapat beberapa jenis hamster seperti yang disebutkan dalam post yang dulu dan boleh didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan.
  2.  Setelah hamster dan barangan keperluannya dibawa pulang ke rumah, letakkan sangkar di lokasi yang mempunyai pengudaraan yang cukup, jauh dari pancaran sinaran matahari dan tempat yang anda kerap pergi supaya boleh melawat hamster.
  3. Taburkan lantai sangkar dengan serpihan kayu sebagai ‘bedding’. Kayu pine adalah yang terbaik kerana menyerap bau dan tidak beracun.
  4. Pastikan botol air hamster sentiasa penuh dan bersih dan tergantung di sebelah sangkar pada ketinggian di mana muncung botol boleh dicapai oleh hamster, tetapi jangan manyentuh dan merosakkan ‘bedding’. Basuh dan isi semula air bersih setiap 1 atau 2 hari.
  5. Sediakan banyak benda untuk hamster gigit. Hamster suka menggigit tiub kadbod tisu tandas dan tuala tisu. 
  6. Sediakan sebuah kotak untuk hamster tidur.Boleh disediakan menggunakan kadbod yang dipotong dan dijadikan kotak yang mempunyai pintu. Hamster akan menjadikan kotak tersebut sebagai bilik tidur dan akan memenuhkan kotak tersebut dengan ‘bedding’ dan makanannya. Tetapi terdapat juga sangkar yang memang sudah terdapat rumah @ bilik tidur hamster. Maka tak perlu membuat yang baru.
  7. Beri makanan campuran hamster yang telah sedia dijual di kedai sekali atau dua kali sehari. Boleh juga sediakan buah-buahan segar tetapi harus dibersihkan segera kerana hamster akan sakit jika makan makanan yang telah rosak. Apabila memperkenalkan makanan baru, beri dalam jumlah yang sedikit agar sistem perutnya dapat menerima makanan baru. 
  8. Sediakan sebuah roda senaman (exercise wheel) di dalam sangkar supaya dia dapat bersenam. Hamster juga boleh bersenam di luar sangkar menggunakan hamster ball. Pastikan pintu bilik ditutup semasa hamster bermain hamster ball di luar sangkar. Jika tidak hamster bolah keluar dari bilik dan berkemungkinan jatuh ke tangga dan cedera.
  9. Bersihkan sangkar hamster sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Pindahkan hamster ke tempat yang selamat semasa proses membersihkan sangkarnya. Bersihkan setiap kotoran, keringkan dan letak bedding baru sebelum memasukkan semula hamster ke dalam sangkar.
  10. Tidak perlu memandikan hamster kerana hamster akan membersihkan dirinya sendiri. Jika hamster berbau teruk, mungkin bau tersebut datang dari ‘bedding’. Bersihkan sangkarnya dengan lebih kerap.
  11. Bawa sekali atau dapatkan seseorang yang boleh menjaganya sekiranya perlu meninggalkan rumah lebih dari tiga hari.


Photobucket
Reactions

Post a Comment

0 Comments