Kajiselidik Skim Hibah

Cari punya cari diinternet, maka terjumpa juga pasal penganjuran skim hibah ini. Berikut adalah petikan dari pencarian tersebut:

Assalamualaikum.

Kepada semua yang menyertai program Hibah Anjuran 3A Consuting Group diharap dapat menghentikan dengan serta merta. Ini kerana program tersebut adalah palsu . Mereka yang menyertai program tersebut sebenarnya berada di dalam dunia hayalan yang di ketuai oleh Tuan Hj Anuar Abdul Aziz atau nama singkatannya 3A . Beliau mempunyai beberapa orang adik beradik antara Nordin yang kesemuanya menentang program ini. Beliau banyak terlibat banyak skim penipuan seperti ini terutama di Indonesia kira-kira 10 tahun yang lalu atas nama Pencairan Asset Sukarno. Beliau juga terlibat dengan beberapa kerugian company sebanyak 7 juta. Mereka yang mengenali beliau menganggap ia adalah seorang yang keras kepala, hati kering, lucah dan sebagainya. Nama 3A Consuting Group telah di senaraikan di Bank Negara Malaysia dan sekarang dalam proses pemantuan dan sisatan. Mereka yang mempunyai syer di dalam company hendaklah dengan segera mengeluarkan wang tanpa mendengar apa-apa tawaran atau alasan yang diberikan. Kebanyakan wang yang dikutip tidak di simpan atau dipegang oleh ketua syarikat akan tetapi diserahkan bulat kepada 3A En Azmi di bank RHB atas nama AMK Global Sdn. Bhd. Oleh yang demikian ketua company tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan syer pada bila-bila masa. Seorang rakan saya yang terlibat dalam program ini sehingga ke saat ini tidak berjaya mendapat wang kembali dan sekarang tunggu tindakan selanjutnya. Kemungkinan perkara ini akan berlanjutan lebih besar dan dibongkar ke seluruh Malaysia. Menurut maklum balas dari Bank Negara yang kami perolehi sekiranya sabit kesalahan program ini wang anda tidak akan dikembalikan.

Sekian .
Yang benar .
Hamba Allah.
14hb April 2008. 



Rujukan: http://www.melayu.com/perkampungan/viewtopic.php?t=40902
Reactions

Post a Comment

0 Comments