Tsunami di Jepun

Tsunami yang berlaku di Jepun mengingatkan kita tentang tsnamai yang sama dasyat yang berlaku di Acheh pada 2004 yang lalu. Cuma di Jepun ni, terdapat sistem amaran awal yang membolehkan penduduk berpindah lebih awal.

Betapa kerdilnya kita dengan kuasa Allah yang baru kecil, belum kiamat lagi kita dah gerun. Tetapi sejauh mana kita tetap gerun, mungkin sekejap kita ingat akan Pencipta dan selepas beberapa lama kita kembali melupaiNya.

Dalam pada manusia ditimpa bencana, masih terdapat segolongan manusia yang tidak perihatin. Yang suka membuat lawak jenaka di atas sengsara orang lain. Dengar cerita dalam Beritia Harian terdapat lawak di muka depan yang menggambarkan tsunami mengejar Ultraman. Entahlah kita ni, memang tak sensitif langsung. Nak kata tak reti bahasa pun mungkin jugak la kot.

Gambar: Utusan
Reactions

Post a Comment

0 Comments