Perbandingan dana

Sebelum melabur dalam sesuatu dana, anda perlu terlebih dahulu membaca prospektus yang boleh didapati dari Perunding Unit Amanah anda. Perlu diingat bahawa prestasi masa sekarang bukan penentu prestasi masa depan.

Oleh itu anda perlu membuat kajian serta mendapatkan pandangan dari perunding anda sebelum membuat pelaburan. Anda perlu juga membaca Laporan Suku Tahunan Dana sebagai panduan. Pada kebiasaannya, dana-dana yang diluluskan KWSP adalah antara dana yang kukuh dan memberikan pulangan yang berpatutan bagi pelabur.

Secara amnya, melalui unit amanah, kita boleh memperolehi secara puratanya 12% keuntungan setahun berbanding 5.8% sekiranya duit anda masih di dalam KWSP.

Jika anda ingin membuat perbandingan dana yang berkaitan, sila ke http://www.invest.com.my:8080/personal/funds/compare/ untuk membuat perbandingan selanjutnya.
Reactions

Post a Comment

0 Comments